Assalamualaikum..
alhamdulillah syukur saya dapat publish blog baru saya ini sebelum balik kampung sempena Raya Aidiladha ni...
ye seperti nama di atas ini blog ini kira kedai maya saya... Disebabkan ramai kenalan fesbuk dan kenalan di alam real merungut betapa sukarnya nak mendapatkan komik Super-nur #1 saya itu sejak ia berada di pasaran Disember 2011 lalu.
Setelah dikaji selidik siasat menyiasat rupanya tidak semua kedai buku menjual komik saya ni dan saya fahamlah juga sebab musababnya setelah bertanya sang tokey kedai... kedai yg ada jual pula menyelitkan komik itu entah di mana... bila berpeluang menjejak pesta jualan buku pula terpaksa beratur panjanglah pulak.. so ramai yang give-up... justeru situasi ini sangat tidak best dan perlu ditangani oleh saya sebelum saya ditangani oleh rakan-rakan yg menyokong karrier saya :P
so mulai sekarang beli je dari saya terus. Buat online order > bank in > pos... tak perlu bookhunting lagi... Nak pergi kedai buku kena start kereta atau motor yang guna minyak... ada pulak yg kena lalu tol.. jem lagi... parking berbayar lagi... bertambah haru bila sampai kedai- tak jual... habis stok...
Nah! saya sediakan satu jalan mudah... beli dari saya terus... The best part is.. saya bukan jual komik saya je... saya nak jual komik komik, novel novel, dan buku buku karangkraf yg lain juga... Insya Allah :)
post seterusnya ialah promosi kedai saya. so stay tune ya ^^
Komik Super-nur #1 komik pilihan program TV media Prima MHI tv3, Nasi Lemak Kopi O tv9 dan Safiyya Tv9. Juga menjadi pilihan program Bicara Inovasi Jabatan Perkhidmatan Awam.
